Thursday 18 April 2013

Pelancaran Kempen membaca & Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia 2012

Salam Semua,

Pada 11 Januari 2012, telah diadakan Pelancaran Kempen Membaca dan Penyerahan baucer buku 1 Malaysia 2012. Majlis telah dirasmikan dengan meriah oleh Pengarah Kolej Matrikulasi perlis iaitu Datin Hajah Azuyah binti hassan.















Tuesday 26 April 2011

Selamat Tinggal

Semoga anda semua akan berjaya menjadi insan yg berguna kepada bangsa dan negara....jadikanlah segala ilmu, pengalaman suka dan duka sepanjang berada di KMP sebagai kenangan dan panduan hidup pada masa depan.


selesai tandatangan dan cop pada borang



Hari terakhir pelajar sesi 2010/2011.....




Selamat tinggal & maju jaya kepada semua pelajar 2010/2011........

Tuesday 19 April 2011

Peminjam Aktif Sesi 2010/2011

Salam semua,

Seperti kebiasaan, setiap sesi pasti ada yg akan menjadi peminjam aktif. Pemenang akan dikira berdasarkan kekerapan meminjam buku. Semoga minat membaca akan terus subur dihati mereka dan kita semua.

 Fauziah bt. Azizan (Sains)

Siti Nasila bt. Nashir (Akaun)

Sumbangan Jersey Bola Kepada Kelab Staf Sokongan KMP 2011

Salam semua,

Sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan budaya membaca dikalangan masyarakat kita, pihak perpustakaan mencari idea baru untuk menjalankan kempen dan promosi membaca. Setelah persetujuan dicapai, pencarian sponsor dijalankan bagi mendapat dana untuk membeli baju jersey untuk pasukan bola sepak Kelab Staf Sokongan KMP. 

Berbekalkan kecekalan dan semangat yg membara, akhirnya dana dapat dikumpulkan. bagi membuktikan kesungguhan kami, semua baju jersey telah dicetak dengan slogan "Bangsa membaca, Bangsa berjaya". Pada pandangan kami, setiap kali jersey ini digunakan, ianya akan memberi promosi secara tidak langsung kepada pasukan lawan dan juga penonton. 





Hasil Promosi yang hebat...

Salam semua,

Hari pertama pelajar sesi 2010/2011 dibenarkan meminjam buku.Memang bersemangat, habis buku dirak dipinjam, tapi sayang keadaan macam ini tak berterusan sampai habis sesi, cuma seketika...biasala sebab teruja dengan suasana baru.


Pameran Buku dan Jualan daripada Pembekal

Salam semua,

Sepanjang tahun 2010, dua kali program ini diadakan di ruang legar Perpustakaan KMP.Beberapa pembekal buku terkenal sekitar utara dijemput bagi menjayakan program ini. Objektif utama program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar membeli buku terbaru di pasaran dengan harga yg lebih murah. sambutan daripada semua pelajar amat memberangsangkan.





Lawatan Darpada Kolej Sultan Abd. Hamid

Salam semua,

Perpustakaan KMP telah menerima kunjungan daripada pelajar Tingkatan 5 Kolej Sultan Abd. Hamid, pelajar diberi penerangan berkenaan KMP dan juga Perpustakaan.