Tuesday, 26 April 2011

Selamat Tinggal

Semoga anda semua akan berjaya menjadi insan yg berguna kepada bangsa dan negara....jadikanlah segala ilmu, pengalaman suka dan duka sepanjang berada di KMP sebagai kenangan dan panduan hidup pada masa depan.


selesai tandatangan dan cop pada borang



Hari terakhir pelajar sesi 2010/2011.....




Selamat tinggal & maju jaya kepada semua pelajar 2010/2011........

Tuesday, 19 April 2011

Peminjam Aktif Sesi 2010/2011

Salam semua,

Seperti kebiasaan, setiap sesi pasti ada yg akan menjadi peminjam aktif. Pemenang akan dikira berdasarkan kekerapan meminjam buku. Semoga minat membaca akan terus subur dihati mereka dan kita semua.

 Fauziah bt. Azizan (Sains)

Siti Nasila bt. Nashir (Akaun)

Sumbangan Jersey Bola Kepada Kelab Staf Sokongan KMP 2011

Salam semua,

Sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan budaya membaca dikalangan masyarakat kita, pihak perpustakaan mencari idea baru untuk menjalankan kempen dan promosi membaca. Setelah persetujuan dicapai, pencarian sponsor dijalankan bagi mendapat dana untuk membeli baju jersey untuk pasukan bola sepak Kelab Staf Sokongan KMP. 

Berbekalkan kecekalan dan semangat yg membara, akhirnya dana dapat dikumpulkan. bagi membuktikan kesungguhan kami, semua baju jersey telah dicetak dengan slogan "Bangsa membaca, Bangsa berjaya". Pada pandangan kami, setiap kali jersey ini digunakan, ianya akan memberi promosi secara tidak langsung kepada pasukan lawan dan juga penonton. 





Hasil Promosi yang hebat...

Salam semua,

Hari pertama pelajar sesi 2010/2011 dibenarkan meminjam buku.Memang bersemangat, habis buku dirak dipinjam, tapi sayang keadaan macam ini tak berterusan sampai habis sesi, cuma seketika...biasala sebab teruja dengan suasana baru.


Pameran Buku dan Jualan daripada Pembekal

Salam semua,

Sepanjang tahun 2010, dua kali program ini diadakan di ruang legar Perpustakaan KMP.Beberapa pembekal buku terkenal sekitar utara dijemput bagi menjayakan program ini. Objektif utama program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar membeli buku terbaru di pasaran dengan harga yg lebih murah. sambutan daripada semua pelajar amat memberangsangkan.





Lawatan Darpada Kolej Sultan Abd. Hamid

Salam semua,

Perpustakaan KMP telah menerima kunjungan daripada pelajar Tingkatan 5 Kolej Sultan Abd. Hamid, pelajar diberi penerangan berkenaan KMP dan juga Perpustakaan.




Minggu ICT 2010

Salam semua,

Minggu ICT 2010 telah diadakan di KMP bertempat di Perpustakaan KMP. Objektif utama bagi memberi peluang kepada pelajar mengenali dengan lebih mendalam komponen-komponen dalaman peralatan ICT, sistem dan perkakasan terbaru. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat KMP.





Karnival Pendidikan & Kerjaya 2010

Salam semua,
Karnival ini telah diadakan pada 12 hingga 14 November 2010 bertempat di Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis. Objektif utama program ini bagi membolehkan semua warga KMP mendapat maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan tawaran daripada IPTA & IPTS. Sebanayak 25 IPTA & IPTS yang mengambil bahagian.




Kursus Pengetahuan Membaca & Pemantapan Bahasa


Salam semua,
Kurus ini diadakan pada 30 & 31 Disember 2010 bertempat di Bilik Sebaguna 1, Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis. Kursus ini dianjurkan oleh Perpustakaan KMP dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah Utara. Peserta kursus terdiri daripada staf sokongan & pensyarah KMP. Objektif kursus antaranya, untuk memantapkan ilmu pengetahuan  berkaitan Bahasa Melayu dan memberi penekanan terhadap aspek-aspek kesalahan bahasa yang sering dilakukan.




Bengkel Kemahiran Membaca

Salam semua,

Bengkel Kemahiran Membaca telah diadakan di Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis pada 8 Ogos 2010 .Bengkel ini dianjurkan oleh Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis dengan kerjasama daripada Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Utara.100 orang pelajar KMP menyertai bengkel iniPenceramah yg di jemput iaitu Prof. Dr. Razak Dali yg merupakan Mantan Prof. Madya Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan antara objektifnya, mendedahkan peserta berkaitan teknik dan kemahiran membaca yang betul dan berkesan.



Pelancaran Kempen Membaca peringkat KMP 2010/2011